Wujud jawatan pembantu guru

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.

”Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.

Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.

”Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

”Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,” katanya.

Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.

Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

Sumber: Utusan Malaysia ( 21 Jun 2009)

Advertisements

5 Respons

  1. nt makin ramai yang jeles dengan profesion perguruan

  2. saya lagilah menyokong cdngn NUTP ini. Guru sekarang bkn mcm dulu2. sekarang ni dialah guru, dialah kerani, dialah akauntan, dilah pekerja am, pendek kata dialah segala2nya. Mcm mana mau concentrate dgn P&P? semua kerja, guru yg kena buat. at last kalau kptsn mrd merosot, guru juga yg disalahkan. tak adilkan, mcm lah guru ni robot. pastu ada plak mslh remaja tak bermoral ni, bila ditanya pekerjaan ibu bapa, pun guru juga. yg jd mangsa anak2 guru juga, yalah anak orang berabis dijaga, anak sendiri tebiar. hanya guru ja yg fhm mslh guru. tp guru yg btl2 komited la. jd para guru ni btl2 la mengharap pihak kerajaan beri pembantu, supaya guru dpt beri tumpuan sepenuhnya dgn P&P, dan dlm masa yg sama gurupun dptlah meluangkan lebih masa dgn keluarga masing2. 1 malaysia kan… harus diingat gurupun rakyat juga.

  3. Saya juga amat bersetuju. satu cadangan daripada NUTP yang patut diberi perhatian oleh kerajaan. saya sebagai guru dapat meningkatkan tahap keprofesionalan saya dalam P&P dan tetap menjadi ibu bapa yang tidak mengabaikan keluarga sendiri semata-mata tugas.

  4. Saya amat sokong jika ada jawatan pembantu guru ini. Sekurang2nya dapat lah rakyat kita bekerja. Tambahan pula masyarakat kita kita lagi memiliki nilai sahsiah yg seimbang. Ibu bapa sibuk bekerja, anak2 diserahkan pd pihak sekolah(dr Taska-Sek Men) utk menjaga anak mereka. Masalah didiplin menjadi2. Guru sepatutnya mengajar bhg akademik sahaja… Bhg ko0korikulum, kaunseling sepatutnya ada pegawai dari luar yg membantu mereka, cikgu tak pening…Jika ko-sukan dibantu oleh mereka dari Jabatan Sukan, mungkin boleh memberi tunjuk ajar teknik bermain, bersukan yg lebih baik. Jika kaunseling diserahkan pd pegawai akunseling yang bukan dr Sekolah itu mungkin mereka ada terapi yg khas utk membantu pelajar bermasalah…. Harap kerajaan mencuba cadangan ini….

  5. hi
    very good

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: