Murid prasekolah naik 87% pada 2012

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan menyasarkan peningkatan 87 peratus pendaftaran kanak-kanak prasekolah kepada 447,556 murid pada 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah meningkatkan jumlah kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah itu merupakan usaha menjadikan sistem pendidikan negara terus relevan.

Menurutnya, pada masa sama, ia bagi mencapai matlamat menjadikan prasekolah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran.

“Pertambahan 104,850 murid itu adalah penyertaan kanak-kanak kohort berusia lima tahun yang mengikuti pembelajaran prasekolah kerajaan dan swasta,” katanya menjawab soalan Abd. Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya memantapkan kemahiran berbahasa serta pembentukan sahsiah positif di kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut kurikulum yang dikuatkuasakan sejak 2003 sama ada di sekolah kerajaan mahu pun swasta.

Katanya, kurikulum prasekolah sedia ada akan ditambah baik termasuk cadangan memanjangkan 50 peratus tempoh interaksi dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, 4,194 kelas prasekolah baru pula akan dibina menjelang 2012 selain menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif.

Tambah beliau, kementerian juga memberi latihan kepada guru prasekolah kerajaan dan swasta melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme.

“Penyeliaan serta pemantauan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dijalankan dari semasa ke semasa.

“Bukan itu sahaja, pelbagai program kesedaran bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa terutama di luar bandar serta yang berpendapatan rendah akan dijalankan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Abd. Rahman mengenai masalah murid-murid normal yang keciciran membaca, menulis dan mengira (3M), Muhyiddin berkata, beliau yang menyedari perkara itu.

Menurutnya, masalah tersebut berlaku ekoran perbezaan kawasan pendidikan seperti di dalam dan luar bandar.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan peruntukan RM48 juta melalui Bajet 2010 bagi memperbaiki kelemahan aspek keperluan, kemudahan dan latihan yang tidak mencukupi itu.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Muhyiddin berkata, program Permata di seluruh negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dan kementerian bercadang mengembangkannya.

Sumber: Utusan Malaysia (3 November 2009)

Advertisements

5 Respons

  1. bye bye bye bodoh gila punya fazilah mohd salleh bodoh lagi tu wakakak…hahaha….(FB)

  2. saya ingin berusaha untuk mendapat keputusan yang baik agar mendapat apa yang saya ingin kan oleh itu saya selalu malas untuk belajar bila saya terfikir yang saya inginkan saya terus ke bilik dan belajar dengan bersungguh-sungguh dan saya akan mendapat kan apa yang saya mauh kan dan tolong doakan saya
    BYE!!!

  3. best woooooooooooooooo……………

  4. Insya Allah, saya akan usulkan masalah ini kepada pihak yang terlibat untuk perhatian dan tindakan mereka. Memandangkan tugas guru prasekolah semakin mencabar dengan bebanan tugas yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Sebenarnya masalah ini kurang diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan hinggakan timbul ketidakpuasan hati kepada sesetengah guru prasekolah.

  5. minta isu bagaimana mengatasi masalah guru prasekolah kebangsaan yang mengalami gangguan P&P kerana terpaksa menghadapi tugas2 pembantu pengurusan murid (PPM) yang cuti panjang kerana sakit ( cth : ppm terpaksa duduk wad atau dpt mc krn masalah kesihatan). Guru pra terpaksa membuat tugas2 ppm spt membasuh tandas, membersihkan kelas, menguruskan murid, persiapan makanan dll sehingga guru kepenatan dan terganggu penumpuan dlm tugas sebenar untuk mengajar murid pra yang sentiasa aktif.

    Harap ada sesiapa yg dapat memberikan maklum balas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: