Pengambilan Tak Selaras Punca Lebihan Guru & Lantikan Guru Lepasan Ijazah Ikut Kekosongan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Disember 2009 & 3 Januari 2010 (PENGAMBILAN TAK SELARAS PUNCA LEBIHAN GURU & LANTIKAN GURU LEPASAN IJAZAH IKUT KEKOSONGAN).

Untuk pengetahuan, isu lebihan guru tidak sepatutnya timbul kerana KPM telah membuat unjuran keperluan guru bagi bekalan Sekolah Menengah dan ianya dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh 5 tahun mulai Ambilan 2007 – 2011. Walau bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara-perkara berikut:

a.         Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperolehi dari setahun ke setahun.

b.         Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat Menengah telah diperolehi bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c.         Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.

Ada guru yang lewat atau sukar ditempatkan di sekolah-sekolah dan ianya berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:

a.         Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

b.         Guru Lepasan IPTA perlu melalui temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temuduga tersebut antara lain bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

c.         Perlantikan guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dahulu.

d.         Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan Sekolah Jenis Kebangsaan menerima guru-guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, terdapat lebihan 7,580 guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru Bahasa Melayu di SJK(C) dan 545 guru Bahasa Melayu di SJK(T).


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 JANUARI 201
0

Advertisements

2 Respons

  1. salam….

    sy merupakn pljr ipts yg mngmbil ijazah pendidikan math n ekonomi sekolah menengah.skung nie sy sdng mnjlankan praktikal di salah sebuah sekolah menengah di utara.sy inginkan pendapat tntang beberapa persoaln yg bermain2 dalam fikiran sy nie.
    kenapa guru lepasan ijazah dr ipts dipingirkan? n susah nak dpat posting? sedangkan, di uni kami belajar perkara yg sama,n tambahan lg kami diajar dlm bhasa inggeris sepenuhnya.dan sekarang nie,terlalu bnyk guru2 sandaran di sekolh.seperti di sekolah sy skungnie,terdapat hampir 10 org guru sandaran,ada juga diantara mereka yg sudah hampir 2 taun memegang jwatan sebagai guru sandaran.sedangkan sekarang berlakunya guru2 yg menganggur yg masih belum mendpt penempatan disekolah2.dan kenapa ramai guru2 kpli diambil sedngkan masih bnyak guru2 menganggur?

  2. salam…
    best rr blog ney
    saya pun bru nk berjinak2 dgn blog
    sya kna wat blog u bhsa untuk it..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: