Pertimbang guru DG41 menjawat jawatan Penolong Kanan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “LALAK LILA, Sungai Petani, Kedah”, Kedah dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 7 Januari 2010 (Pertimbang guru DG41 menjawat jawatan Penolong Kanan).

Untuk makluman, semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan diberi kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat Penolong Kanan/Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah Pertama dan mereka telah dikekalkan sebagai Penolong Kanan/Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah.

Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbang mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.

Pihak Kementerian sedang berusaha dari masa ke masa untuk memantapkan lagi Profesion Keguruan agar guru-guru dapat berkhidmat dengan gigih untuk membangunkan modal insan anak bangsa bagi kepentingan akan datang. Kesungguhan dan keprihatinan penulis adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
18 Januari 2010

17 Respons

  1. Ya… jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar dan penolong kanan di sekolah rendah yang merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. juga boleh diberi kepada guru DG41 (PJJ ) dan DG44 yang telah lama berkhidmat di sekolah rendah dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di sekolah.Syarat ini boleh dibuat dan diubahsuai sekiranya pihak tertentu yang terlibat prihatin dan sentiasa peka kepada penambahbaikan guru-guru ijazah sekolah rendah.
    ini sebagai galakan dan pembakar semangat untuk berjuang sebagai seorang pendidik.

  2. saya amat berharap agar syarat semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar dan penolong kanan di sekolah rendah yang merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. juga boleh diberi kepada guru DG41 (PJJ ) dan DG44 yang telah lama berkhidmat di sekolah rendah dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di sekolah.Syarat ini boleh dibuat dan diubahsuai sekiranya pihak tertentu yang terlibat prihatin dan sentiasa peka kepada penambahbaikan guru-guru ijazah sekolah rendah sejajar dengan,”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

  3. saya ni pun amat sokong la orang yang telah lama berkhidmat daripada dg29 hingga dg44 dan berkhidmat dng cemerlang maka bagi la peluang jadi pentadbir..contoh saya la…dg29 16 tahun,dg41 10 tahun dg44 2 tahun..kalu tak bagi peluang jadi pentadbir..dah nak pencen dah..nak la jg ada perubahan dalam perkhidmatan…dok takok lama je…katanya jd pentadbir bebanan keja banyak bagi la kmi cuba..rasanya kacang je…he he he

  4. Hmmm….dah bertahun di gred DG41, cadangan2 dan harapan supaya KPM membuat penambahbaikan telah diutarakan agar guru2 yg telah menyahut cabaran kerajaan agar menyambung belajar utk upgredkan diri telah dilakukan……tapi akhirnya masih di takuk yg sama….masih juga tidak dapat memegang jawatan sebagai guru besar…KPM harus tukar dasar dg32 & 34 saja bole menjawat jawatan PK atau G.Besar…..sedangkan guru2 dg41 ini juga berpengalaman berpuluh tahun lamanya….dan layak mentadbir sekolah.

  5. jgn ingat semua dg41 pandai kerja, ego dpt ijazah,kerja,bnyk tak tau,bnyk contoh depan mata gua ,ayo.yo.

  6. masalahnya ada pk2 dg32 ni NKRA pendidikan pun x tahu,protim,linus,malahan pendrive pun tidak pernah guna.last2 dg41 jg yg buat kerja.mrk ni tiada inovasi utk majukan skolah .cm ikut rentak skolah sj.jadi kpd pk2 tu,rajin2lah buka internet,jgn sampai takut pegang laptop gara2 buta it,mcmana anak bangsa kita nak maju ke depan.

  7. we need to do someting to teach this bastard.

  8. kassim maskom…kalu sendir punya bodoh dan malas nk sambung belajar jgn hina ijazah org lain…apa punya komen dg 41 kerja di kilang, komen org dengki dan busung perut busuk ada ulat..camni la bila kepala otak tu dh tepu n dengki gan pencapaian org lain….pegi la sambung belajar tu, tak sapa suruh kamu jadi bodoh…

  9. Saya adalah seorang PK DGA32 Hakiki lantikan 2008 dan dah masuk tahun keempat memegang jawatan sebagai PK Kokurikulum. Awal 2009 saya telah telah dilantik sebagai PPPS DG41. Sebenarnya bagi saya tidak begitu penting tentang DG tu…yang pentingnya kerja penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Tunggu tiga ke empat tahun lagi boleh mohon ‘time-based’ DG44 pulak..Kalau kita boleh mentadbir dan mengurus dengan baik, guru-guru ‘fresh’ DG41 sememangnya akan rasa hormat pada kita walaupun jawatan kita hanyalah hakiki DGA32. Apalah sangat dengan gelaran dan status. Yang pentingnya ilmu dan kepakaran kita akan sentiasa dipandang murni oleh golongan guru-guru muda. Jika terlalu mementingkan status dalam kerjaya maka kesannya kita akan sentiasa ingin dipandang tinggi dengan kedudukan kita dan kerap memandang rendah orang bawahan kita. Tepuk dada tanya iman…InsyaAllah mendapat keberkatan

  10. salam 1 malaysia. Tiada lagi perkataan untuk gambarkan kekecewaan. Tahun 1995 dilantik jasi pk hakiki DG5/DGA32, sampai sekarang masih jadi pk DG41 (kup).. dan akan berterusan 8 thn lagi…dapat tengok saja pk-pk dga32 yang dilantik kemudian jadi gb. Salahnya kerana terima dg41..dimana slogan “….pencapaian diuatamakan…ubahlah prosedur perjawatan sekolah rendah supaya sesuai dengan perubahan yang berlaku…berilah keadilan pada kami..susah sangat ke ?..tak faham betui…!

  11. Eleeh! kORANG INGAT JADI PENOLONG KANAN TU ELOK SANGAT KE? eLAUN RM12 SEBULAN KALAU BANDING TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMANG TAK BERBALOI. BAIK JADI KETUA BIDANG, DUDUK LENGGANG PUN DAPAT JUGAK ELAUN RM120 JUGAK.

  12. KPM PANDAI AUTA SAJA. .

  13. kami juga dari mula mengajar memang sekolah rendah.pas tu sambung belajaar.jd beri la peluang kami mentadbir sekolah rendah.tak kan KPM tk phm hasrat PM.

  14. a.kum.skrg zaman dato najib.PM yg pentingkan pengurusan yg cemerlang dr kalangan yg berilmu.lg tinggi ilmu n pengalaman sepatutnya menjadi pemimpin sekolah rendah.jd KPM,ubah la dasar.bg peluang guru biasa yg dh lama mengajar,yd punya dg4144 jp penolong kanan atau guru besar.tak rugi punya.ubah dasar.

  15. Saya lebih suka sekolah rendah bidang pengurusan ( Guru Besar,dan GPK ) dikhaskan kepada PPPLD sahaja. Kepada guru DG41 patut bersyukur ditempatkan di sekolah rendah kalau tidak kemungkinan besar kamu semua kerja dikilang-kilang sahaja. Kemurahan hati kerajaan kepada guru DG41 tidak perlu dipertikaikan. Sekarang Guru Besar dan GPK sekolah rendah pun sudah ramai yang mempunyai gred DG41 KUP dalam pentadbiran sekolah. Oleh itu jangan ego sangat dengan Ijazah kamu itu. Tq

  16. memandangkan semakin ramai guru DG41 di sekolah rendah…maka seharusnya polisi ini ditukar…adalah tidak logik seorang pegawai sokongan menjadi ketua kepada seorang golongan profesional

  17. saya amat berharap agar syarat semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar dan penolong kanan di sekolah rendah yang merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. juga boleh diberi kepada guru DG41 (PJJ ) yang telah lama berkhidmat di sekolah rendah dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di sekolah.Syarat ini boleh dibuat dan diubahsuai sekiranya pihak tertentu yang terlibat prihatin dan sentiasa peka kepada penambahbaikan guru-guru ijazah sekolah rendah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: