Kementerian perjelas tiada kes lebihan guru

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Lebihan pendidik tidak patut berlaku’ yang disiarkan ruangan ini 4 Januari lalu.

Untuk makluman, pada Januari 2010, dianggarkan wujud kekurangan sebanyak 11,238 guru di sekolah menengah selepas mengambil kira penempatan calon guru lepasan program yang tamat November/Disember 2009 iaitu DPLI seramai 1,136 dan B.Ed (TESL) seramai 250 orang.

Di sekolah rendah, wujud kekosongan jawatan guru sebanyak 5,211 selepas mengambil kira penempatan calon guru lepasan Program KPLI yang tamat pada November / Disember 2009 seramai 5,976, PISMPK seramai 1,387, B.Ed (TESL) seramai 250 dan keluaran IPTA Pendidikan Rendah/Prasekolah 171 orang.

Oleh itu, secara keseluruhannya, pada ketika ini lebihan guru tidak timbul sama ada di peringkat menengah atau rendah. Kesukaran atau kelewatan penempatan guru mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

* Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman, akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

Guru Lepasan IPTA perlu melalui temu duga dan ujian Insak (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temu duga itu antara lain bertujuan memastikan guru yang dilantik memenuhi semua syarat ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

Pelantikan guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dulu.

Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan sekolah jenis kebangsaan menerima guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, wujud lebihan 7,580 guru opsyen bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru bahasa Melayu di SJK (C) dan 545 guru bahasa Melayu di SJK (T).

Unjuran keperluan guru bagi bekalan sekolah menengah dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh lima tahun mulai ambilan 2007 – 2011. Bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara berikut:

Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperoleh dari setahun ke setahun.

Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-pering-kat. Sehingga 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas

di peringkat menengah sudah diperoleh bagi Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan Enam.

Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan prasekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian (2 Januari 2010)

Advertisements

2 Respons

  1. guru lebih apenya..sk luar bandar guru bi pun tak cukup..sapa ada kelayakan bi ajalah subjek tu..dulu datok hishamudin kata nak ringankan bebenan guru dngan menambah bilangan guru..kerja2 perkeranian tambah tp guru dok 1.5 tu jg la..tak dan nak pike murid asyik dok pike fail je..lani pula semuanya online…tak tau kot kawasan kg line tak dak..tp nak maklumat cpt..kemas kini la sistem dulu baru boleh nak cepat…

  2. macam mana tidak berlaku kes guru yang lambat ditempatkan kalau banyak sangat prosedur yang terpaksa dilalui. tambahan pula mainan birokrasi yang semakin teruk sekarang ini lebih menyukarkan para graduan bakal guru untuk menjawat jawatan guru pada hal graduan ini telah dilatih untuk menjadi guru profesional di ipta. namun pihak kementerian pelajaran lebih mengutamakan graduan yang mengambil KPLI dan DPLI yang hanya mengambil masa yang singkat untuk menjadi guru. contohnya KPLI hanya perlu mengambil kursus selama setahun untuk dilantik menjadi guru berbanding graduan IPTA yang mengambil kursus pendidikan selama empat tahun. namun calon KPLI lebih diutamakan penempatan berbanding dengan mahasiswa yang mengambil masa yang lebih lama untuk bbelajar dalam bidang pendidikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: