Cadang wajib guru baru di pedalaman

BALIK PULAU: Kementerian Pelajaran bercadang mewajibkan guru baru untuk bertugas di pedalaman selama tiga tahun bagi memberi pengalaman serta pendedahan kepada mereka mengenai keperitan bertugas sebagai pendidik.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi, berkata pihaknya tidak lagi akan menempatkan guru baru di kawasan bandar atau berhampiran tempat tinggal seperti kini.

“Ini masih pada peringkat cadangan dan kajian mengenainya sedang dilaksanakan,” katanya selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang sekitar Parlimen Balik Pulau dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berita Minggu (14 Februari 2010)

8 Respons

  1. assalamualaikum wbt

  2. gud news..bagi pluang untuk guru lama menerima pengalaman mengajar di sekolah luar bandar atau bandar..kami pun inginkan pengalaman yang sama seperti guru lain..5 tahun berada di pedalaman..sebagai guru wanita ia amat memerihkan walaupun banyak pengalaman yang diperolehi…

  3. Salam,
    Saya 16 tahun berkhidmat di luar bandar di Sarawak, Balik ke Kelantan kena mengajar di luar bandar di Gua Musang juga. 16 tahun, bukan 6 tahun, bukan 6 bulan.. What Happen..

  4. Salam.

    Saya ingin bertanya tentang berapa kah keseluruhan gaji yang diterima oleh guru baru posting DG41 di kawasan pedalaman P3?
    Bagaimana untuk memohon ke sekolah kategori P3 tersebut di Sabah?

    Saya adalah bakal guru yang telah disebut secara lisan berjaya dalam temuduga eGST IPTA November 2010 dan akan dipostingkan ke Sabah, insyaAllah.

    Harap ada yang sudi beri penjelasan

  5. kalau untuk memberikan pengalaman kepada guru2 baru eloklah cadangan tu..tapi selepas tempoh yang dicadangkan rasanya eloklah guru2 bertugas di tempat masing2.

  6. sangat setuju….malah ketika di dalam pengajian lagi bakal guru harus diberi kursus yang menguji ketahanan mental dan fizikal…supaya apabila mereka ditempatkan di pendalaman , mereka idak merungut dan memberi 1001 macam alasan kerana tidak mahu….berbanding guru lepasan universiti sekarang yang tiada pengalaman sebagai guru sandaran di sekolah dengan guru lepasan maktab yang berbekal sijil perguruanasas dahulu, guru lepasan maktab lebih menghargai pengalaman susah hidup tinggal di pendalaman walau gaji kecil ketika itu, malah selepas 3 tahun baru disahkan…tapi sekarang keluaran U seperti tiada kualiti…

  7. ada baiknya dan ada buruknya..

  8. lebih baik jika pihak kementerian pelajaran menempatkan guru-guru baru yang berasal dari pedalaman bertugas di tempat masing-masing agar mereka tidak perlu lagi berpindak tempat bertugas kerana sudah bekerja di tempat sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: