Mata

Bersihkan Cermin Mata

Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.

Menghilangkan sakit Mata

Sekiranya anda mengalami sakit mata (merah tu..) tentunya anda akan merasa rimas dan tidak selesa. Untuk menghilangkannya titiskan susu ibu ke dalam mata 2-3 titik sekerap yang mungkin dengan menggunakan sudu. Insya-Allah, sakit mata merah akan beransur pulih. Cubalah..

Menyegarkan Mata

Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menghilangkan Lebam Mata

Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Menjaga Kesihatan Mata

(ali@sihatsokmo)

1. Setiap kali mandi atau berwuduk, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa…hehe…dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena korang.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat…terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye.

Advertisements

Kuku

Limau Putihkan Kuku

Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat. Selamat mencuba.

Kesihatan

Merawat Darah Tinggi

Ambil seikat daun kucai, tumbuk hingga lumat. Kemudian perah sehingga keluar airnya. Ambil air itu dan minum setiap pagi. insyaAllah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Khasiat Dragon Fruit

Menurut pakar pemakanan dan perubatan, daragon fruit atau buah naga, dikatakan berkhasiat untuk kesihatan. Apa khasiatnya?

* Kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium berbanding buah lain.

* Dikatakan mampu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan.

* Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.

* Memberi tindakbalas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Ambil beberapa pucuk daun ceri atau daun manggis. Rebus sehingga air bertukar menjadi kekuningan . Biarkan air suam sedikit. Selawat tiga kali, minum 1/2 gelas waktu pagi, 1/2 gelas waktu petang. Amalkan selalu.

Hilangkan Sakit Gastrik

Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.

Ubat Cirit Birit

(Bizam Hamzah, Kota Kinabalu Sabah)

Ambil 5 – 10 helai pucuk daun durian belanda. Kemudian rebus daun tersebu dan sejukkan. Minum berulangkali. InsyaAllah cirit birit anda akan sembuh dengan segera.

Penawar Panau

Ambil 1 inci lengkuas, ditumbuk pecah dan dititiskan dengan beberapa titik minyak tanah dan bunjutkan dalam kain kecil. Kemudian gosok pada panau. Kulit mungkin akan pedih sedikit dan berwarna kemerah-merahan tapi keberkesanannya dapat dilihat dengan cepat. Harus diulang selang sehari jika masih ada.

Kaki

Kaki Kematu

(Juaidah Pasalam, Labuan Sabah)

Ambil beberapa helai daun betik, rendam dalam air suam. Kemudian ramas daun betik berkenaan. Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. Gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan. Lakukan selalu, insya-Allah kematu kaki akan berkurangan.

Hilangkan Lenguh Kaki

Caranya, dapatkan limau atau pun timun. Guling/gelekkan buah tersebut pada kaki hingga ke tapak kaki. Lakukan ketika anda santai atau berehat seperti tengah tengok tv. Selamat mencuba.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Wajah

Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.


Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka

(Alipnah Aliphsen, Kuala Kangsar Perak)

Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.


Atasi Wajah Berkedut

Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian.  Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.

Melembapkan Muka

Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Memerahkan Bibir

Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Serikan Kulit Wajah

Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

Melicinkan Kulit

Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Masalah Jerawat

Oleh Ieyzann, Bagan Serai Perak

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Oleh azdriana9

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Oleh Hamba Allah

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Awet Muda

Oleh Lydiana Mohammed

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..

Oleh Hasmah Baharun

Banyakkan memakan ulam-ulaman dan selalu amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…Insya Allah wajah berseri dan nampak muda. Tapi solat tu kenalah ikhlas…