Renungan

Marah

Sifat pemarah adalah sifat tercela dan sangat dianjurkan bagi umat Islam menghindarinya.

Keberanian dan kesabaran

Mencegah suatu keburukan memerlukan keberanian, namun harus diiringi dengan kesabaran. Tidak ada keberanian yang sempurna jika tidak disertai dengan kesabaran.

Hati dan Kehidupan

Jagalah hati kamu dengan segala kewaspadaan kerana di situlah terpancar kehidupan.

Kasih

Kasih itu indah bila diberikan dengan hati yg tulus.

Jangan dikenang masa lalu

Jangan melihat masa lalu dengan berduka; ia tak akan kembali lagi. Hadapilah masa sekarang dengan bijaksana dan sambutlah bayangan masa depan tanpa keraguan juga disertai dengan keteguhan hati.

Menyimpan kebencian

Jika kita menyimpan kebencian dan dendam, maka seluruh masa dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

Kehidupan

Jangan terlalu bergantung kepada kesihatan dan kekayaan, kerana dalam sekelip mata ia dapat berubah menjadi penyakit dan kemiskinan.

Menunda

Pernahkah kita sedari bahawa semakin lama kita menunda sesuatu yang harus dilakukan, semakin susah pula untuk kita memulakannya?

Masa

Janganlah merenung masa lalu dengan berduka, hadapilah masa kini dengan sebaik-baiknya.

Akhlak yang baik

Akhlak yang baik akan tercermin dalam perilakunya sehari-hari terhadap sesiapapun, kata-kata yang keluar terasa menyejukkan, bersih dan tak pernah ada yang meluka.

Peribadi yang unggul

Seseorang yang mempunyai peribadi yang unggul itu pantang membuat sesuatu yang sia-sia. Dia akan sangat menjaga masa, sebab semua yang diperbuat itu memerlukann masa.

Keyakinan pada kebenaran

Orang yang pasti beruntung adalah orang yang setiap hari bertambah kekuatan iman dan keyakinannya terhadap kebenaran.

Lautan hidup

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yangg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

Hidup dalam kenangan

Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

Kejujuran

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

Hati yang terluka

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

Kerendahan hati

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlas

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Insan suci

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

Agama dan manusia

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

Perempuan itu cantik…

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan umpama semut

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

20 Respons

  1. memang benar kata2 mu.

  2. i love this blog.. 🙂

  3. huhuhuhu.. suke semua ayat2 niee.. thanks.. 🙂

  4. bukan senang nak menjadi seorang yanng tabah melainkan imannya kuat dan sabar yang berlebihan?????apalagi penggorbanan……sungguh sedih…..sehingga sanggup tidak mempunyai apa2 asalkan keluarga ku bahagia slamanya????

  5. ye ke en. mazlan…bukan kah semua manusia tidak sempurna….dan tidak semua mnusia itu boleh mgubah hidp jd lbh semprna….

  6. betul tu….keinsafaan terbit dari hati yang luhur……….

  7. oooooooo

  8. betul tu…timbul keinsafan dalam diri

  9. kesilapan yg lepas mengajr aq hidup lebih kuat..
    aq xnk mengalah…aq xnk lemah…bile bace blog nie..aq gase yg len..cmne nk jdkn diri nie lbh dkt dgn Allah…aq lemah..lemah…semoga Allah memberikan kekuatn dalam diri aq nie…

  10. aaaaaaaaa…..yelah 2…btollllll3.ki3……

  11. bolah tahan gak blog nih…banyak ilmu yang disumbangkan dan banyak lagi yang kita dapat daripadanya…..makasih.

  12. Bestmye kata2 datas, tema kasih kerana bkongsi. pencetus idea n semangat sy. Teruslan usaha saudara Mazlan u bkongsi kata2 semangat itu. selamat bbuke puasa.

  13. sejahat2 manusia pasti punya hasrat utk menuju kearah kebaikan walaupun melalui jalan yg brliku…..

  14. bulan pose pun wat jahat jugak ye dak????
    so control your nafsuuuu……sesungguhnya nafsu itu lebih jahat daripada syaitan..tol tak sepi??

  15. sukar nak wat benda baik sebab syaitan slalu jd phalangggg……ya allah moga dirimu sntiasa membawaku serta saudara muslimku ke jalan yg benar & diredhai….

  16. bukan senang nk jd org baik tp kte kne cuba….
    salah sa2 cara….sentiasa luangkan masa dgn m”baca kata2 hikmah..

  17. ermm…sbb tu kita kna slalu mbaca bhn2 bfaedah n menginsafkan….semua tu mcm makanan rohla kan.bila dh lama sgt lalai roh kita ni pn ikut sama lalai..tul x?

  18. blog ini dapat menginsafkan sesiapa shj yang mempunyai kesedaran untuk berubah. terima kasih kerana memberikan saya satu kesedaran tentang nilai-nilai kehidupan.wasalam…

    Mazlan : Itulah yang diharapkan untuk kita sama-sama membina kehidupan yang sempurna.

  19. haiiiii….
    korang semua tgh wt pe tu..??
    hehehe.

  20. proses nak menambahkan kekuatan iman bukan mudah..ia perlukan ke azaman,tekad …apabila sudah mencpai kekuatan dan keyakina …proses hendak mengekalkan keyakina dan kebenaran itu bukan mudah…perlukan pengorbanan dari segala segi..inilah cabarannya…

Tinggalkan komen