Karangan Bahasa Melayu UPSR

upsr.jpg

Permainan Video Komputer Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada Pelajar (Perbahasan
Aku Sebuah Peti Ais
Majlis Perpisahan Tahun 6 (Ucapan)
Permainan Tradisional Lebih Baik Daripada Permainan Moden (Perbahasan)
Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik
Menjaga Alam Sekitar
Kebaikan dan keburukan televisyen
Aku Sebuah Basikal
Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Karangan Bahasa Melayu

 

karangan bm

 

stpm2
spm2

pt32

upsr2

 

 

 

 

Bahas: Permainan Video Komputer Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakin yang sentiasa menegakkan keadilan dan sidang hadirin yang saya hormati. “Permainan Video Komputer Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada Pelajar”, begitulah tajuk perbahasan kita pada hari ini. Sebagai pembahas pertama bagi pihak pencadang, saya dengan tegas menyokong rajuk ini sepenuhnya.

Hadirin yang saya hormati,

Dewasa ini permainan video komputer merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh golongan pelajar tidak kira di bandar mahupun desa. Berlandaskan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, menggalakkan para pengusaha menyediakan pelbagai program yang menarik serta mencabar. Tidak hairanlah golongan pelajar yang terlibat dalam permainan ini akan menghabiskan masa berjam-jam di pusat-pusat permainan komputer tersebut. Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

Selain itu, para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Jika beberapa jam diperuntukkan untuk bermain, sudah pasti wang yang diperlukan juga bertambah. Mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Justeru, permainan ini merudikan wang mereka. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya.

Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya.

Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka dan amempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.

Akhir kata, saya ini menegaskan bahawa permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isi ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.

Sekian, terima kasih.

Aku Sebuah Peti Ais

Aku sebuah peti ais. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor. Aku berjenama Panasonic. Aku berbentuk empat segi tepat serta mempunyai dua buah pintu. Badanku berwarna hijau muda. Tenaga elektrik diperlukan untuk menghidupkanku.

Setelah tubuhku disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar. Di sekeliling badanku diletakkan polisterina untuk memastikan keadaan diriku stabil atau tidak terhentak ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke sebuah kedai di utara tanah air.


Di kedai tersebut, aku dipamerkan bersama- sama rakan-rakanku yang lain. Aku berpeluang berkenalan dengan peti televisyen, mesin basuh dan pelbagai barangan elektrik yang lain. Ramai pengunjung datang melawatku. Mereka akan meneliti badanku dari luar dan bahagian dalam.


Selepas lima hari tinggal di kedai itu, aku telah dibeli oleh seorang suri rumah. Aku telah dihantar ke rumah wanita tersebut dengan menaiki sebuah lori. Aku diletakkan di bahagian dapur. Wanita tersebut memasukkan pelbagai jenis barangan ke dalam tubuhku. Dia menyimpan telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman ke dalam badanku.

Tuan aku amat teliti ketika menjaga kebersihan badanku. Sekiranya terdapat cecair yang tertumpah ke atas badanku, dia segera membersihkan kekotoran tersebut. Setiap hujung minggu, wanita tersebut akan membersihkan badanku dengan mengunakan serbuk pencuci berserta air suam.


Aku amat gembira sejak tinggal di situ. Tuanku dan keluarganya menjaga aku dengan baik. Aku berjanji kepada diriku akan terus berkhidmat selagi diperlukan.

Majlis Perpisahan Tahun 6 (Ucapan)

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid Sekolah Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan.

Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas.

Hadirin sekalian,

Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada.

Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Bahas: Permainan Tradisional Lebih Baik Daripada Permainan Moden

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana,guru-guru, pihak pembangkang dan para hadirin sekalian.Berdirinya saya di sini untuk meneruskan perjuangan rakanseperjuangan saya sebentar tadi. Saya amat menyokong tajukperbahasan yang diberi iaitu “Permainan Tradisional lebih Baik daripada Permainan Moden”

Para hadirin sekalian,

        Permainan tradisional yang telah kita warisi sejak turun-temurun perlu terus dipertahankan. Permainan ini mencerminkan asal-usul bangsa kita. Sebenarnya, permainan ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan daya cipta yang tersendiri.
        Selain itu, kesenian permainan ini menjadikannya begitu unik. Di samping itu, permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang mahal kerana boleh dibuat sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang boleh diperoleh di sekitar kita. Tetapi, permainan moden kebanyakannya perlu dibeli dengan harga yang agak mahal.

Tuan-tuan dan puan-puan,

            Jika kita lihat, kebanyakan permainan moden yang ada pada hari ini memerlukan tenaga elektrik atau bateri untuk menggerakkannya atau menjadikannya berfungsi. Justeru, selain kita perlu pembeli permainan tersebut, kita juga perlu menggantikan bateri atau menggunakan tenaga elektrik di rumah. Hal ini akan menyebabkan kos tambahan diperlukan.

            Dari sudut sosial pula, permainan tradisionallebih bercorak kemasyarakatan dan boleh merapatkan silaturahim antara pemain. Permainan tradisional biasanya akan dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan. Contohnya, permainan congkak dan wau. Sebaliknya, kebanyakan permainan moden menjadikan pemainnya lebih cenderung untuk bersendirian dan tidak perlu keluar rumah. Hal ini boleh mengakibatkan perhubungan sosial antara masyarakat semakin terhakis.

Sidang hadirin yang dihormati,

            Masa sungguh mencemburui saya untuk terus berhujah. Namun begitu, perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan saya sebentar nanti. Sekali lagi saya ingin menegaskan, permainan tradisionallebih baik daripada permainan moden.

Sekian, terima kasih.

Ulasan 2

Bahagian C

Soalan:

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Sejak pagi lagi abang begitu sibuk membuat kerja sekolahnya. Abang perlu menyeiapkan kerja sekolahnya kerana esok cikgu mahu abang menghantar kerja tersebut. Tiba-tiba ayah memanggil abang untuk membantunya membasih kereta. Abang segera pergi tanpa menutup suis komputer terlebih dahulu.

Adik yang baru bangun daripada tidur terus menuju ke arah komputer tersebut. Adik pun menekan butang yang terdapat pada komputer tersebut. Kakak yang melihat perbuatan adik terus melarang supaya tidak bermain-main dengan komputer tersebut. Adik tidak mempedulikan larangan kakak dan terus bermain-main dengan komputer tersebut.

 Apabila abang selesai membantu ayah, dia melihat kerjanya telah diusik oleh adik. Abang berasa sedih dan marah kerana kerjanya telah diusik. Adik meminta maaf kerana telah melakukan kesalahan. Ayah menasihati adik supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

 

Jawapan:

Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Seterusnya kita mesti menghormati ayah dengan sentiasa bersedia memberikan pertolongan yang diminta. Kita juga mesti berhati-hati bagi memasihkan barang kepunyaan kita sentiasa selamat. Selain itu kita juga tidak boleh mengusik barang kepunyaan orang lain. Akhir sekali, kita mestilah memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan dan berjanji tidak melakukannya lagi.

 

Ulasan

Bahagian C
 

Soalan:

 

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjanng jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 pata perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 

 

         Si Merak dan Si Pipit tinggal di sebuah hutan. Si Merak mempunyai bulu yang cantik dan menarik. Merak sangat sombong kerana dia merasakan dirinya cantik. Merakk selalu menghina Pipit dengan mengatakan Pipit hodoh. Burung-burung lain tidak suka berkawan dengan merak. Si Pipit pula suka hidup berkawan. Pipit berkawan dengan semua burung. Mereka sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

        Walaupun Merak cantik tetapi ada kekurangan juga. Merak tidak boleh terbang seperti Pipit. Si Pipit dan burung-burung yang lain boleh terbang pantas. Merak mementingkan kecantikan daripada berkawan dengan burung-burung yang lain. Suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Semua burung terbang menyelamatkan diri ke atas sebuah bukit. Tinggallah Merak mati kerana kesejukan dan lemas.

 

Contoh Jawapan

 

    Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah janganlah bersikap sombong walaupun kita mempunyai sesuatu kelebihan. Kita juga mesti menghormati orang lain agar orang juga menghormati kita. Seterusnya, kita mestilah hidup bermasyarakat agar hidup kita lebih aman dan damai. Selain itu, kita mesti mempunyai sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Kita juga hendaklah sedar, setiap manusia mempunyai kekurangan diri sendiri. Akhir sekali, janganlah bersikap mementingkan diri sendiri kerana sikap itu akan dibenci orang.

 

 

Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.

Hadirin sekalian,

Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.

Sekian,terima kasih.

Menjaga Alam Sekitar

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ‘Menjaga Alam Sekitar’.

Hadirin hadirat sekalian,

          Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.

          Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

          Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.

          Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.

          Sekian, terima kasih